Masjid penuh, apa amalan Abam Bocey

0
235

CYBERJAYA – Pelakon dan pelawak terkenal, Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan merupakan seorang insan yang ringan diri untuk menyertai program dakwah.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pemilik akaun Twitter dikenali PU Rahmat Ikhsan yang melalui pengalaman bersama Allahyarham dalam berdakwah.

Ini berikutan tular dalam media sosial Masjid Zakaria, Gombak Utara dipenuhi umat Islam menunaikan solat jenazah Allahyarham Syed Umar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak.

“Aku ingat lagi bila Kawan aku Ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi.

“Aku ingat lagi bila AJK (ahli jawatankuasa) masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan @shahrol_shiro .

“Ini dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah,” katanya melalui ciapan yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.

Allahyarham Syed Umar meninggal dunia di kediamannya, semalam selepas mengadu kurang sihat sejak dua lalu.

Isteri allahyarham, Nor Hidayah Mohd. Ali berkata, arwah menyatakan hanya demam dan sakit kepala biasa.

Tambah Rahmat, Allahyarham pernah menyebut dia kuat bekerja kerana mahu bantu ibunya selain membawanya menunaikan umrah selain membahagiakan orang sekelilinginya.

Selain itu katanya, Allahyarham juga memaafkan semua orang yang mengutuknya gemuk namun tidak ambil hati walaupun mesti terasa pada awalnya.

“Allahyarham marah bila orang kutuk baby (anak) dia. Katanya kalau kutuk dia tak mengapa tapi jangan kutuk anaknya,” ujarnya.

Mengenai fizikal Allahyarham, Rahmat berkata, pelakon itu melawan ‘body shaming’ dengan bergaya.

“Masa dia sebut gemuk ‘ is Osem’, ramai orang pertikai. Gemuk tak ‘osem.’ Gemuk berpenyakit tapi ramai tak paham dan bukan maksud dia untuk kekal gemuk.

“Tapi dia nak orang gemuk ada keyakinan diri. Selalu sangat orang gemuk dibuli dan dihina,” ujarnya.

Tambahnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham berusaha menurunkan berat badan sehingga hilang beberapa kilogram.

“Sebab apa? Allahyarham pesan juga kepada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here