Matthew Davies tinggalkan Pahang

0
245
Matt Davies mengumumkan keputusannya untuk beralih angin dalam laman instagram miliknya

CYBERJAYA – Selepas lima tahun menabur bakti bersama pasukan Pahang, pemain bek kanan negara, Matthew Davies akan meninggalkan pasukan Tok Gajah itu pada musim hadapan.

Memetik laporan Bernama, walaupun tidak mendedahkan pasukan baharunya, difahamkan pemain pertahanan kelahiran Australia itu akan menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipercayai telah menebus kontraknya dengan Pahang.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama Pahang FA. Setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan, saya mengucapkan selamat tinggal,” menurut pemain itu yang lebih dikenali sebagai Matt Davies dalam hantaran terbaru di Instagramnya, matttdavies.

Aksi Matt Davies ketika mewakili pasukan Harimau Malaya

“Sukar untuk saya mengucapkan dengan perkataan bahawa negeri ini amat bermakna bagi saya dan sukarnya untuk dipisahkan. Pahang akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam sanubari saya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan sudah tentu para peminat,” tambah pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai Pahang dari Australia, Perth Glory pada April 2015.

Davies juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pahang FA, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Almarhum Sultan Ahmad Shah yang memberikan beliau peluang menjadi kapten Pahang sejak 2016.

Sebelum itu, khabar angin dalam media sosial mendakwa JDT telah membuat tawaran menarik kepada Davies untuk menyertai skuad Harimau Selatan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here