Menangi pelbagai hadiah melalui gambar bersama Sultan Ibrahim

0
236
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mempelawa orang ramai menyertai pertandingan bergambar bersama baginda.

JOHOR BAHRU – Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi “Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor”.

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.

Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

Untuk menyertainya, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.

Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.

Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here