Merah, asli itulah cili Boh Perusahaan Sahabat

0
583

RAUDHAH CITY- Merah, asli dan tanpa pewarna, itu yang boleh digambarkan dengan produk Cili Boh Perusahaan Sahabat yang akan dipasarkan di Raudhah Grocer di Malakat Mall.

Cili boh yang dihasilkan di kilang di Kuala Terengganu, Terengganu itu merupakan produk perusahaan keluarga sejak lima tahun lalu menggunakan resipi terbaik.

Pengurus Jualan Cili Boh Perusahaan Sahabat, Rumaizan Abdullah berkata, produk cili boh milik keluarganya itu mendapat permintaan amat baik sejak kebelakangan ini di pasaran.

Katanya, cili boh tersebut dipasarkan di pelbagai pasar raya termasuk rangkaian Econsave dan terbaharu akan dijual di Raudhah Grocer di Malakat Mall pada Mac nanti.

“Alhamdulillah produk ini semakin dikenali ramai, maklum balas pelanggan juga amat baik untuk produk tulen dari Terengganu ini. Ia merah asli tanpa pewarna dan menjadi pilihan ramai.

“Sekarang kami keluarkan dua jenis paket iaitu 500 gram berharga RM2.50 dan paket sekilogram yang berharga RM4.50,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Rumaizan berkata, produk cili boh berkenaan juga telah berjaya dalam usaha mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Semoga dengan adanya sijil halal ini akan menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan pengguna untuk menggunakan Cili Boh Perusahaan Sahabat dalam masakan.

“Produk kami dijamin halal, suci dan bersih. Pengguna boleh guna tanpa was-was, kami juga menggunakan cili kering bermutu tinggi untuk menghasilkan produk ini.

“Walaupun mendapat saingan dengan produk yang sama di pasaran, kami yakin dapat memasarkan produk ini kerana ia dihasilkan dengan terbaik untuk kepuasan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati dalam laman Facebook rasmi di ‘Cili Boh Perusahaan Sahabat’ atau boleh hubungi beliau di talian 011-26372896.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here