Muafakat Nasional mohon Agong bubar Parlimen

0
376

CYBERJAYA – Muafakat Nasional sepakat memohon kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.

Memetik portal Malaysia Gazette, keputusan itu disampaikan oleh semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pas kepada Seri Paduka ketika menghadap di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang akhbar khas oleh Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan di PWTC.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here