Muhyiddin pangku jawatan Pengerusi Bersatu

0
176

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah meletak jawatan pada 24 Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, menurut Fasal 16.9 Perlembagaan parti itu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan , maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan memilih Pengerusi baharu.

“Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi yang baharu. Justeru, saya selaku Presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya.

Isnin lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan disusuli Pengerusi Bersatu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here