Muhyiddin sedia terima UMNO jika dipilih Perdana Menteri

0
88
Muhyiddin Mohd. Yassin


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sedia bekerjasama dengan UMNO di dalam Kabinet sekiranya dipilih sebagai perdana menteri ke lapan.
Menurut Dr. Mahathir, beliau telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan UMNO namun Muhyiddin mempunyai pendekatan yang berbeza.
“Kita juga ada berbincang kemungkinan Muhyiddin mungkin jadi calon (Perdana Menteri). Jika semua memilih calon yang sama saya OK.
“Saya sudah tentu tidak akan terima UMNO sebagai parti komponen. Saya boleh terima ahli yang tidak dikaitkan dengan UMNO sebagai parti.
“Tetapi Tan Sri Muhyiddin lebih relaks tentang isu ini. Dia sedia untuk menerima mereka sebagai en-bloc,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here