Muhyiddin tiba di Istana Negara

0
151

KUALA LUMPUR – Konvoi membawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin baharu sahaja tiba di Istana Negara, difahamkan bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Selain Muhyiddin, konvoi kenderaan tersebut turut mengandungi Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Azmin Ali; dan beberapa lagi ahli politik lain-lain.

Difahamkan, Muhyiddin ke istana pagi ini bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong dan mempersembahkan sokongan majoriti ahli Parlimen supaya dilantik menjadi perdana menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here