Nasi Kerabu Mok Su untuk petugas media di PMO

0
160

PUTRAJAYA- Warung Nasi Kerabu Mok Su hari ini mengambil inisiatif menaja sarapan pagi lebih 30 petugas media yang berkampung di Bangunan Perdana Putra di sini.

Warung yang beroperasi di pintu satu Putrajaya itu menyumbangkan nasi kerabu ayam bakar beserta minuman kepada petugas media yang berada di bangunan itu sejak pukul 8 pagi.

Pemilik warung, Mohd. Hapiz Che Hassan berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian
tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya kepada para petugas media.

“Media banyak berkorban juga, berpanas untuk memberikan info-info terkini kepada rakyat. Ini adalah sumbangan kecil sahaja, semoga bermanfaat untuk semua,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sallallahuddin Hassan turut menyampaikan 50 bungkus nasi lemak kepada petugas media.

JPM hari ini turut memasang dua khemah untuk petugas media berteduh.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here