Panasonic hasil kamera khas untuk pengguna buta warna

0
98

CYBERJAYA – Panasonic baru-baru mengumumkan kejayaan terbaharunya dalam teknologi kamera yang membolehkan pengguna rabun warna melihat dengan warna tepat.

Teknologi bantuan penglihatan melalui viewfinder elektronik pada kamera Panasonic G90 dan G95 itu dikatakan menggunakan teknik pembalikan yang memperbetulkan semula jenis-jenis warna ‘salah’ yang dilihat pengguna.

Pencapaian melalui kerjasama dengan syarikat Dentsu Aegis Network yang berpangkalan di India itu merupakan permulaan usaha Panasonic membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengguna kamera rabun warna.

Kajian dan penyelidikan mengenainya dilakukan melalui penglibatan jurugambar Hizol Choudhary yang mengalami rabun warna merah atau Protanopia.

Penghasilan edisi khas pada model G90 sempena Hari Republik India itu diharap akan menyelesaikan masalah ketepatan warna oleh jurugambar rabun warna. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here