Parti Warisan sokong Dr. Mahathir

0
129

CYBERJAYA – Parti Warisan Sabah konsisten dengan pendirian sebelum ini untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat dengan pimpinan parti.

“Selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi parti, Warisan tetap dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Pagi tadi, Pakatan Harapan (PH) membuat pengumuman untuk mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sekaligus mengenetepikan nama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here