Pejabat ustaz Ebit Lew dipecah masuk, kerugian RM80,000

0
2675
Mesej yang ditinggalkan penjenayah terbabit

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew mengalami kerugian sehingga RM80,00 selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi dipecah masuk penjenayah.

Berkongsi berita sedih itu dalam laman Facebook miliknya hari ini, beliau berkata, dalam kejadian tersebut selain wang tunai beberapa barangan berharga seperti komputer riba, kamera dan komputer turut dibawa lari.

“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, dua laptop ,kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, tiga telefon bimbit dah takda dan ada duit sikit. RM80,000 juga semuanya.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah,” katanya.

Keadaan pejabat ustaz Ebit yang dipecah masuk

Dalam pada itu, ustaz Ebit berkata, pencuri tersebut juga sempat menulis satu mesej bahawa dia sangat terdesak.

“Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.

Keadaan berselerak di pejabat ustaz Ebit

“Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here