Pengamal media tempatan, antarabangsa penuhi Istana Negara

0
164

KUALA LUMPUR – Suasana di pintu masuk 2 Istana Negara di sin mula dipenuhi pengamal media dalam memberi liputan mengenai perkembangan pergolakan politik ketika ini.

Hari ini memasuki hari ketiga pengamal media terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa memenuhi perkarangan pintu masuk Istana Negara.

Semalam, seramai 90 ahli Parlimen hadir ke Istana Negara untuk ditemubual oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih dan menentukan perdana menteri mereka.

Hari ini 131 ahli Parlimen akan menghadap Seri Paduka untuk tujuan sama.

Jika sebelum ini wartawan berpanas kini sudah didirikan khemah bagi membolehkan pengamal media melaksanakan tugas dengan lancar.

Kelihatan dua lori ‘food truck’ berada di pintu hadapan istana bagi kemudahan pengamal media menjamu selera.

Selain Istana Negara, pengamal media lain turut berkumpul di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dan kediaman Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Isnin lalu, Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran pergolakan politik dalam Pakatan Harapan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here