Pengasas kicap Jalen meninggal dunia

0
255

CYBERJAYA – Pengasas dan pengusaha kicap Jalen, Datuk Ab. Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada pukul 3.55 petang tadi.

Menerusi akaun Facebook rasmi syarikat itu, jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh, Johor Bahru selepas solat isyak.

“Salam takziah dari kami warga Jalen Sdn. Bhd., dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman serta dikasihiNya aamiin,” kata  status akaun rasmi media sosial itu.

Memetik portal Malaysia Gazette, Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.

Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.

Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan pula sebuah syarikat baru yang dinamakan Syarikat Jalen Sdn. Bhd., dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here