Pengemis kanak-kanak acu pistol mainan ditahan polis

0
303
Gambar seorang pengemis kanak-kanak yang tular di media sosial ketika mengacukan pistol mainan ke arah sebuah kenderaan.

CYBERJAYA – Seorang kanak-kanak yang mengacukan sepucuk pistol mainan ke arah sebuah kenderaan yang berhenti di lampu isyarat bertukar merah ditahan oleh pihak polis hari ini, kata, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, selain kanak-kanak suku Palauh itu, pihak polis turut memberkas 14 lagi pengemis lain yang melakukan kegiatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu.

“Pemeriksaan mendapati semuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan.

“Semua yang ditahan berusia enam bulan hingga 31 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasri berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, gambar kanak-kanak lelaki hanya berseluar pendek tanpa baju sedang mengacukan pistol mainan ke arah pengguna jalan raya di kawasan lampu isyarat dipercayai ketika meminta sedekah tular di Facebook, sejak pagi tadi.

Lokasi lampu isyarat berkenaan sudah dikenali sebagai kawasan warga Palauh meminta sedekah walaupun ia membahayakan keselamatan mereka.

Polis sudah berulang-kali menjalankan tangkapan ke atas individu menjalankan kegiatan meminta sedekah di jalan raya itu, namun kumpulan berkenaan wujud sehingga hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here