Pentadbiran Kerajaan Perak kekal seperti biasa

0
78

CYBERJAYA – Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak berjalan seperti biasa walaupun berlaku pergolakan politik yang berlaku di peringkat Persekutuanl

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tugas dan tanggungjawabnya masih dilaksanakan seperti yang diamanahkan.

Menurutnya, beliau kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ((DUN) Perak.

“Manakala barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa.

“Saya telah menyembah maklum berhubung kedudukan politik negara dan negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah semalam,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik Perak Gazette hari ini.

Ahmad Faizal turut menyeru persefahaman rakyat bagi membantu usaha-usaha sedang dijalankan agar kemelut politik yang melanda negara ketika ini dapat diatasi dengan baik.

Menurut beliau, ini untuk membolehkan kerajaan kembali menumpukan usaha-usaha pembangunan untuk kepentingan rakyat.

“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah untuk membolehkan kita mendapat penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here