Peranan Agong melangkaui politik kepartian

0
70

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM 

CYBERJAYA – Langkah Yang di-Pertuan Agong yang akan menemubual sendiri ke semua 222 ahli Parlimen untuk menentukan pembentukan kerajaan Persekutuan baharu membuktikan bahawa institusi beraja adalah satu institusi pengimbang dalam ekosistem politik negara.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, ia membuktikan bahawa peranan Seri Paduka adalah melangkaui politik kepartian.

“Proses ini bertepatan dengan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media pada hari ini.

“Ini sekali gus membuktikan perjuangan golongan anti-monarki yang dipelopori oleh golongan berfikrahkan liberal dan komunis yang selama ini mahu menghapuskan institusi beraja di negara kita adalah singkat akal dan dangkal sahaja.

“Bayangkan jika kemelut politik negara ini berlaku tatkala tiadanya institusi beraja, pasti akan berlaku huru-hara sebagaimana yang telah berlaku di banyak negara lain kerana tiada kuasa pengimbang politik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap rakyat terus meletakkan kesetiaan serta kepercayaan kepada institusi beraja terutamanya pada Yang di-Pertuan Agong dalam proses pembentukan kerajaan ini.

“Kepada ahli-ahli Parlimen yang bakal menghadap Tuanku nanti, buatlah keputusan yang terbaik walaupun kita tidak tahu apa yang akan ditanya oleh Tuanku. Kita tidak mahu kemelut ini berpanjangan lagi,” katanya. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here