Pergaduhan tikus di subway dinobat gambar terbaik tahun lalu

0
366

CYBERJAYA – Gambar ‘pergelutan’ dua ekor tikus di subway diangkat sebagai gambar kemenangan dalam pertandingan fotografi hidupan liar berprestij Wildlife Photographer Of The Year (2019) anjuran Natural History Museum di London.

Gambar yang dirakam oleh Sam Rowley di laluan keretapi bawah tanah atau London Underground itu terpilih daripada lebih 48,000 penyertaan jurugambar dari seluruh dunia.

Berbeza dengan gambar-gambar yang diangkat sebelum ini dengan imej berlatar belakang hutan dan habitat sebenar, karya Rowley para dipuji juri kerana menampilkan keunikan tersendiri dan ‘di luar kotak’ pemikiran kebanyakan jurugambar.

Ia mungkin kelihatan seperti rakaman bernasib baik namun Rowley mengaku meluangkan masa hampir setiap malam di subway berkenaan untuk mendapatkan momen tersebut.

“Saya berbangga dan berterima kasih dengan anugerah ini. Saya harap karya ini dapat memaparkan drama urban yang tidak ramai peduli,” katanya.

Selain gambar Rowley, pertandingan dengan tajaan Panasonic LUMIX itu turut mengiktiraf empat gambar yang mendapat pujian terbanyak antaranya karya Aaron Gekoski, Michel Zoghzoghi, Francis De Andres dan Martin Buzora . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here