Permohonan UPU Online dibuka Isnin ini

0
231

CYBERJAYA – Permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka Isnin ini.

Menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai pukul 12 tengah hari.

Katanya, sebelum mengemukakan permohonan itu, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari ini.

“Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala 6 April bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.

“Sistem UPU Online akan ditutup pada 31 Mac, 11.59 malam bagi lepasan SPM dan 7 April, pukul 11.59 malam bagi lepasan STPM dan setaraf,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM di talian 03-88708200 atau e-mel di [email protected] atau laman sosial Facebook ‘KEMASUKANBPKPJPT‘, Twitter ‘@TWT_UPU’ dan Instagram ‘@KEMASUKANBPKP’.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here