Pesakit coronavirus di Johor dibenarkan pulang

0
206

CYBERJAYA – Seorang lelaki warga China yang dimasukkan ke Hospital Permai, Johor selepas disahkan dijangkiti coronavirus dibenarkan pulang hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit keempat yang disahkan dijangkiti wabak berasal dari Wuhan, China itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Januari lalu dengan gejala demam panas dan radang paru-paru.

Beliau berkata, keadaan pesakit berkenaan bertambah tenat pada hari kedua di wad isolasi Hospital Permai sehingga memerlukan bantuan oksigen.

“Kajian sinar X di dada pesakit pada hari keempat menunjukkan tanda-tanda jangkitan bertambah tenat. Pihak hospital telah memulakan rawatan dengan ubat antiviral Kaletra (off-label use) pada 28 Januari lalu.

“Selepas lapan hari rawatan, keadaan pesakit bertambah baik dan telah sembuh sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada kakitangan pasukan perubatan

Katanya, terkini hasil ujian ujian ulangan kali ketiga didapati negatif, selepas ujian pertama dan kedua juga didapati negatif.

Sehubungan itu, ujarnya, pesakit tersebut seterusnya dibenarkan pulang hari ini.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan perubatan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr. Masliza Zaid di atas jasa dan bakti yang telah disumbangkan.-MT

Statistik terkini kes positif coronavirus di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here