PH pilih Tun M leraikan kemelut kepemimpinan

0
75

KUALA LUMPUR – Pencalonan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dibuat bagi meleraikan kemelut kepemimpinan negara.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini merupakan usulnya sendiri bagi mengelak negara terus terjerumus ke dalam kemelut politik.

“Semoga Allah merestui usaha kita dan menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk pulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya seperti dipetik agensi berita Bernama hari ini.

Anwar juga turut mengucapkan penghargaan kepada kepemimpinan PKR dan ahli Parlimen yang bersetuju dengan usulnya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama ahli Parlimen PH di sebuah hotel di sini, sebelum bertolak ke Istana Negara.

“Saya ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian PH daripada saya calon perdana menteri dan saya terharu dengan sokongan mereka, tetapi saya sekali lagi memilih untuk melihat kepentingan negara daripada agenda peribadi. 

“Jadi saya harap rakan-rakan jangan gusar dan kecewa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here