PH sokong Tun M calon PM

0
188

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat pusingan U apabila memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dalam pembentukan kerajaan baharu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PH bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini.

“Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Oleh itu, demi mempertahan perjuangan, PH menyatakan sokongan penuh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto gabungan parti tersebut dalam kerajaan. – MT


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here