PH tetap pilih Anwar PM ke-8

0
210

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyambut baik kenyataan Istana Negara dan menjunjung kasih perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk berusaha mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Majlis Presiden PH percaya calon gabungan parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Jumlah pencalonan itu berdasarkan proses yang telah ditentukan oleh Seri Paduka sebelum ini.

“Majlis Presiden percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang untuk mengadap Seri Paduka Baginda untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen terhadap beliau.

“Majlis Presiden meletakkan kepercayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa proses temubual 221 ahli Parlimen masih belum berjaya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai individu yang dipilih sebagai perdana menteri.

Proses yang berlangsung selama dua hari itu masih gagal meyakinkan Seri Paduka mengenai individu yang mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here