PM tiba di Bangunan Perdana Putra

0
92

PUTRAJAYA – Kenderaan membawa Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.25 pagi tadi.

Hari ini merupakan hari kedua Dr. Mahathir memasuki pejabatnya selepas meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara pada Isnin lalu.

Semalam, Dr. Mahathir tiba di pejabatnya pada pukul 9.29 pagi dan dilihat pulang pada pukul 5.43 petang.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan ketua parti politik.

Antara pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir semalam ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada hari ini, Dr. Mahathir dijangka bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here