Polis nafi surat tular PRU15

0
173

Arifai Tarawe

CYBERJAYA- Polis giat mengesan dalang yang menyebarkan salinan surat bertajuk ‘Bantuan Sumber Manusia Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15)’ yang tular di media sosial, hari ini, kata, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Memetik laporan Berita Harian, beliau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia adalah penugasan polis menjaga keamanan dan bukan untuk proses pilihan raya.

“Imej utusan polis bertarikh 26 Februari 2020 bertajuk ‘Bantuan Sumber Manusia PRU-15’ itu adalah khilaf dan tidak tepat.

“Penugasan yang dimaksudkan adalah untuk ‘jaga aman’ dan bukan PRU. Siasatan sedang dibuat terhadap pihak yang bertanggungjawab dan bagi mengenal pasti pihak yang menyebarkannya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai berhenti menyebarkan salinan imej perutusan polis berkenaan.

Gambar salinan surat terbabit mula tersebar di media sosial hari ini dan tertera nama Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here