Rakyat Malaysia pertama disahkan positif coronavirus

0
365

CYBERJAYA – Seorang rakyat Malaysia disahkan positif Novel Coronavirus (2019-nCoV) menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini kepada 10.

Maklumat ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

“Lelaki berusia 41 tahun tersebut kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh,” kata Dzulkefly.

Menurut beliau, sembilan lagi kes positif yang dicatat melibatkan warga China.

Difahamkan, lelaki tersebut telah menghadiri mesyuarat di sebuah negara jiran yang turut dihadiri warga China.

“Beliau pulang ke negara pada 23 Januari lalu, dan pada 29 Januari lalu, telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan swasta kerana demam dan batuk.

“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari, dan ujian makmal mendapati beliau positif Novel Coronavirus semalam.

“Pihak kementerian kini sedang melakukan ‘contact tracing’ individu yang pernah berhubung dengan pesakit tersebut bagi tujuan pengawasan rapat,” kata Dzulkefly sambil menambah, ahli keluarga lelaki tersebut kini dikuarantin di rumah bagi tujuan pengawasan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here