Rakyat Malaysia tunjukkan kematangan kepada dunia

0
646

SELAMA tujuh hari rakyat Malaysia menanti penuh debar siapakah perdana menteri kelapan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan itu pada Isnin lalu.

Dalam pergolakan politik yang menggusarkan negara, rakyat menjalani kehidupan seperti biasa. 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi penentu dalam membuat keputusan getir untuk memastikan jentera kerajaan kembali lancar.

Tiada rusuhan malah demonstrasi jalanan diadakan kerana rakyat yakin dengan kebijaksanaan Seri Paduka malah baginda tenang menghadapi situasi itu apabila berkenan bertemu petugas media yang setia menanti di pintu 2 Istana Negara sejak Isnin lalu.

Al-Sultan Abdullah yang kelihatan segak ketika bertemu petugas media meminta rakyat bertenang dan memberi ruang keapda baginda untuk meleraikan krisis itu.

Ketika pelbagai parti politik membuat percaturan seperti permainan catur, rakyat sentiasa menanti dengan sabar siapakah bakal perdana menteri baharu mereka.

Bukan mudah dalam membuat keputusan itu. Sejak Isnin lalu, parti-parti politik mencari jalan penyelesaian malah terdapat segelintir pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris hati pelbagai pihak.

Tahniah diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa memastikan ketenteraman awam sentiasa terkawal. Walaupun ada perhimpunan, jumlahnya tidak cukup besar seperti pernah dilakukan beberapa tahun lalu.

 Lebih utama rakyat Malaysia. Andalah yang menjadikan negara ini amat sepanjang tujuh hari pergolakan politik melanda.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana menunjukkan kematangan sepanjang berhadapan dengan krisis politik selama tujuh hari lalu.

Katanya, rakyat Malaysia telah membuktikan kepada dunia satu contoh yang perlu diikuti negara lain dalam menangani perbezaan politik, tanpa rusuhan dan kematian.

Kita perlu berbangga. Berbangga kerana menunjukkan kematangan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. Rusuhan dan pergaduhan bukan jalan penyelesaian malah akan membawa kemudaratan kepada negara. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here