Remaja Kanada pengsan di KLCC tidak dijangkiti coronavirus

0
115

CYBERJAYA – Seorang remaja warga Kanada yang dilaporkan pengsan di lot parkir sebuah pusat beli belah di ibu kota baru-baru ini, disahkan negatif jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCoV), menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, remaja berusia 17 tahun berkenaan yang ditempatkan dalam wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dibenarkan pulang.

“Ini adalah berita gembira. Dia pengsan bukan disebabkan coronavirus dan kini sudah dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang akhbar harian di kementeriannya, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

Semalam, sekeping gambar pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis yang berada di lokasi tersebut, tular dalam media sosial kerana dikaitkan dengan coronavirus.

Remaja itu ditemukan pengsan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Menara Berkembar dan kemudian dibawa dengan ambulan untuk diruijuk ke HKL.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here