RM4 dua ketul, ini bukan KFC tapi JFC

0
539

CYBERJAYA – Ketika kaunter-kaunter restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di seluruh negara diserbu sempena promosi dua ‘snack plate’ berharga RM20 semalam, perkara yang sama berlaku di sebuah warong ayam goreng di Kampung Tetambah, Terengganu.

Tidak menawarkan harga yang sama, tetapi hidangan untuk dua ketul ayam goreng tanpa coleslaw, kentang lenyek, roti bantal dan air berkarbonat yang dijual pada harga RM4, ia tetap tidak masuk akal.

Warong menjamu selera di mukim Manir yang dinamakan JFC (Jais Fried Chicken) itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook dikenali Syarifah Khyra Muhsin yang mendapat reaksi warga maya yang sebahagiannya sukar mempercayai harga tersebut.

Selain bahagian utama seperti dada, kepak dan paha, pelanggan juga boleh menikmati hidangan pedal dan hati yang ‘penuh pinggan’ pada harga RM2.

“Ayam dalam Roks (semak) sedap dari KFC! Murah dooh! (tersangat). Kedai sempoi je dalam kampong lagi,” kata Syarifah Khyra.

Bagaimanapun dalam hantaran yang tidak dinyatakan lokasi secara tepat berdasarkan peta itu, orang ramai rata-rata memberikan komen yang positif dan berpuas hati dengan hidangan di premis berkenaan.

Cikyeen Yen : Mmg terbaik ayam ni. lokasi payah sikit cari kalau org luar mari..tp ad je signboard JFC..byk cabang boleh masuk, milo peng kaw molek. Kalau nk mkn nasi lemak pergi la lepas magrib, kalau lambat habis.

Ar-Rijal Wahid : Cari JFC dlam waze, ADEā€¦

Fasihah Mohamad : Sedap n murah..very recommended.. Repeat sokmo kedai ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here