RON95,RON97 naik 2 sen

0
63

CYBERJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing 2 sen kepada RM2.08 serta RM2.38 manakala harga diesel kekal RM2.14 berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 28 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini berkata, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Penetapan Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan menerusi formula APM harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter dan RM2.14 seliter masing-masing.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter,” katanya kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, justeru, harga runcit bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter.

Katanya kenyataan itu, ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here