S. Kumar umum bersara

0
166
S. Kumar umum persaraan daripada pentas antarabangsa hoki hari ini

CYBERJAYA – Selepas lebih 20 tahun menabur bakti bersama pasukan hoki kebangsaan, penjaga gol berpengalaman negara, S. Kumar hari ini mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa, kata, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Memetik laporan dalam laman web KHM, Kumar yang telah mengumpul 321 caps bersama Malaysia selepas ini bakal menyertai pasukan kejurulatihan negara sebagai jurulatih penjaga gol kebangsaan dan membantu skuad remaja lelaki negara bersedia untuk ke Piala Remaja Asia (Lelaki) 2020 di Dhaka, Bangladesh.

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan ingin mengumumkan bahawa kami telah merangka satu plan untuk menyerapkan pemain-pemain kebangsaan yang telah bersara namun kami masih memerlukan khidmat mereka selain mereka merupakan seorang yang berkaliber.

Aksi tangkas S. Kumar di padang sentiasa menjadikannya pilihan utama jurulatih untuk beraksi dengan mana-mana pasukan

“Jadi kami telah membuat keputusan untuk mengambil beliau sebagai jurulatih pelatih penjaga gol pasukan kebangsaan dan kontrak beliau bersama KHM akan berkuatkuasa serta merta selepas berakhirnya Piala TNB 2020 pada Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kumar berkongsi beliau pernah mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 2015 tetapi selepas mengambil kira beberapa perkara hasrat itu dilupakan.

“Selepas Kelayakan Sukan Olimpik London, saya telah lama memikirkan untuk bersara kerana telah terlalu lama saya bersama pasukan negara dan sasaran saya untuk layak ke Sukan Olimpik dengan percubaan demi percubaan pada lima edisi terdahulu masih tidak berjaya, kini saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada pentas antarabangsa.

“Sebagai pemain ia merupakan satu kekecewaan apabila tidak membuat penampilan di Sukan Olimpik tetapi saya percaya jika saya tidak ke Sukan Olimpik sebagai pemain mungkin saya boleh ke Sukan Olimpik sebagai jurulatih atau jurulatih penjaga gol bersama pasukan bimbingan saya,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here