Sah Bersatu calonkan Muhyiddin PM ke-8

0
145

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Bersatu pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan hari ini.

“Mesyuarat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Bersatu pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Mesyuarat hari ini dihadiri oleh seramai 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu,” katanya dalam kenyataan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here