‘Saya tak pernah makan ayam sesedap ini’

0
311

CYBERJAYA – Coretan seorang guru yang menceritakan kisah pelajarnya yang dapat merasai ayam di sekolah berasrama penuh (SBP)dalam laman sosial meruntun hati warga maya.

Kisah yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook Cikgu Emmet Menulis itu menceritakan bagaimana segelintir pelajar golongan B40 dapat merasai ayam goreng yang jarang dimakan bersama keluarga di rumah.

Status yang dimuat naik semalam itu mendapat lebih 3,000 tanda suka dan 590 berkongsi kisah tersebut.

Berikut merupakan coretan Cikgu Emmet:

“Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..masa sekolah rendah saya jarang makan ayam… Ayam di asrama ni sedap dan besar… Saya teringat adik adik saya dirumah. Katanya sambil mengesat airmata. “

Keputusan mantan menteri pendidikan Dr Maszlee Malik memberi keutamaan kepada anak-anak golongan B40 untuk belajar di sekolah berasrama penuh sebenarnya memberi satu rahmat kepada golongan tidak berkemampuan tetapi memiliki anak yang bijak.

Sejak kemasukan ramai anak-anak B40 ini ke MRSM beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak-anak ini hidup mandiri jauh dari ibubapa dengan belanja kewangan yang terhad.

“Cikgu.. Saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat… Saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya.

Saya bertanya padanya… Kenapa kamu tak makan di kantin? Saya takda duit cikgu. Katanya. Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin.

Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali kali. Allah sayu saya tengok cikgu… Kata rakan kepada saya.

Saya kerap melihat anak anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis. Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit.. Jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat.

Di sebuah sekolah SBP lain pula seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang murid tingkatan satu duduk disudut agak jauh dan makan sambil mengesat airmata. Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang buli kamu ke?
Dia menjawab…
Tak cikgu… Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..masa sekolah rendah saya jarang makan ayam… Ayam di asrama ni sedap dan besar… Saya teringat adik adik saya dirumah. Katanya sambil mengesat airmata.

Allahu….terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang muridnya…. Takpa.. Kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap sedap.

Kesimpulannya ramai anak anak dari golongan B40 mendapat manafaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini. Mereka mungkin Zero sekarang tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi Hero kepada bangsa agama dan negara. Tinta peranti Cikgu Emmet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here