Seminar Ku Impikan Zuriat 29 Febuari ini

0
225
TIGA ahli panel seminar Ku Impikan Zuriat.

CYBERJAYA – Pasangan yang belum dikurniakan zuriat dipelawa mengikuti seminar Ku Impikan Zuriat di MSU Medical Centre, Seksyen 13 Shah Alam pada 29 Februari ini.

Seminar yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 2 petang itu akan menampilkan ahli panel iaitu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsyat; Doktor Personaliti, Dr. Say Sazli dan penulis buku 9 bulan 10 hari, Nazirah Nazir.

Program anjuran MommiBuddy Event ini akan berkongsi panduan mengenai masalah dan punca-punca kegagalan pasangan mendapatkan anak sehinggalah kaedah pengurusan emosi.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here