Serangan di UK, seorang lelaki mati ditembak polis

0
130

LONDON – Polis menembak mati seorang lelaki yang menikam beberapa orang dalam satu kejadian di London Selatan pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

“Seorang lelaki ditembak oleh anggota keselamatan di Streatham,” menurut kenyataan Polis Metropolitan dalam Twitter.

“Buat masa ini beberapa orang dipercayai telah ditikam. Polis sedang menjalankan siasatan dan kejadian disahkan mempunyai kaitan dengan pengganas.”

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang, semalam di Streatham High Road.

Laporan media tempatan mengatakan dua orang telah ditikam dalam kejadian itu.

“Terima kasih kepada anggota petugas perkhidmatan kecemasan yang turut membantu, kejadian telah disahkan mempunyai kaitan dengan keganasan,” kata Perdana Menteri Boris Johnson di Twitter.

Ancaman keganasan di United Kingdom semakin ‘ketara’ sejak November 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here