Seruan BMF dalam khutbah Jumaat

0
423

CYBERJAYA – Seruan ‘Buy Muslim First’ (BMF) akan dibacakan dalam khutbah Jumaat bagi meningkatkan pemahaman dan kepentingan ekonomi umat Islam di negeri ini.

Ketua Prasana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, perkara itu dinyatakan dalam pertemuan Jawatankuasa Kempen BMF Malaysia dengan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir di pejabat Mufti Selangor hari ini.

Menurut beliau, beberapa perbincangan telah dilakukan dan mendapat persefahaman yang baik.

“Antaranya, seruan BMF dalam khutbah Jumaat, Jelajah Karnival Kempen BMF Selangor dan ceramah kempen itu di masjid-masjid,” katanya dalam status yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Cikgu Izzat Johari hari ini.

Beliau juga menyeru rakyat Selangor untuk turut sama menjayakan kempen itu yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Siap sedia orang Selangor, kita lebarkan sayap Kempen BMF Malaysia ke seluruh pelusuk negeri Selangor!” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here