Sidang akhbar Anwar Ibrahim pukul 4.30 petang

0
250
Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan ke arah petugas media ketika tiba di Istana Negara hari ini

CYBERJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang akhbar khas pada pukul 4.30 petang hari ini bagi menjelaskan kedudukan terkini mengenai pergolakan politik yang sedang berlaku dalam negara sekarang.

Ketika ditanya butiran mengenai sidang akhbar tersebut, Anwar enggan mengulas lebih lanjut.

“Tunggu sidang akhbar pukul 4.30 petang, sentiasa ada khabar gembira,” katanya sambil tersenyum ketika tiba di kediamannya di Segambut hari ini.

Terdahulu, ahli Parlimen Port Dickson itu bersama ahli Parlimen PKR yang lain menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pertemuan dengan Agong, Anwar berkata, Agong memberi ruang dan peluang kepada semua parti untuk memberikan pandangan masing-masing.

“Tuanku bagi ruang pada semua, maknanya dengan ini akuan berkanun itu sudah tidak relevan lagi kerana Tuanku sudah melihat sendiri dan kita sahkannya tanpa kenyataan dari luar,” katanya.

Sementara itu, adakah beliau berasa yakin, Anwar berkata, beliau sentiasa yakin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here