Singapura tingkat penilaian risiko coronavirus daripada kuning kepada jingga

0
164
Rak makanan di pasar raya di Singapura kehabisan stok susulan kebimbangan terhadap amaran penilaian risiko kepada jingga

CYBERJAYA – Negara jiran, Singapura telah meningkatkan penilaian risiko penularan coronavirus daripada kuning kepada jingga berikutan terdapat sekurang-kurangnya empat kes jangkitan yang tidak diketahui puncanya, kata, Menteri Kesihatannya, Gan Kim Yong.

Memetika laporan Berita Harian Sg., susulan perkembangan terkini itu, Sistem Isyarat Respons Wabak Penyakit (Dorscon) telah ditingkatkan daripada kuning ke jingga hari ini oleh pasukan bertindak kerajaan yang ditubuhkan untuk menangani penularan coronavirus yang bermula dari Wuhan, di wilayah Hubei, China.

Dorscon, yang turut merangkumi rangka kerja tindakan oleh pihak berkuasa menunjukkan keadaan penyakit dan tahap penularannya di Singapura.

Sebelum ini, Singapura berada di tahap Dorscon kuning di mana keadaan penyakit teruk dan mudah merebak tetapi berlaku di luar Singapura atau merebak dalam negara namun dapat dikawal.

Sehingga kini sebanyak 33 kes jangkitan coronavirus dicatatkan di Singapura

Dorscon jingga pula memperuntukkan supaya kerajaan memperkenalkan tindakan tambahan bagi mengekang coronavirus sebelum ia merebak secara meluas di Singapura

Menurut KimYong, memandangkan jumlah kes tempatan yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini atau sejarah perjalanan ke China kian bertambah, adalah bertepatan untuk mempertingkatkan tahap Dorscon dari kuning ke jingga.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Singapura juga telah mengumumkan tambahan tiga lagi kes jangkitan coronavirus di Singapura yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini atau sejarah perjalanan ke China.

Berikutan itu, katanya, secara keseluruhan jumlah jangkitan kes coronavirus meningkat kepada 33 kes.

Menurut pihak kementerian tersebut, antara kes yang telah disahkan itu, dua pesakit telah dibenarkan pulang manakal baki 31 pesakit dalam keadaan stabil atau keadaan semakin bertambah baik.

Bagaimanapun, dua orang pesakit coronavirus kini dalam keadaan kritikal dan kini di letakkan di bawah unit jagaan rapi (ICU).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here