Situasi politik semakin meruncing

0
129

PUTRAJAYA – Situasi politik negara semakin meruncing dan perlu segera diselesaikan selari dengan keluhuran perlembagaan.

MOHAMAD HASAN

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, telah tiba masanya semua pihak menyerahkan kepada kearifan Yang Di Pertuan Agong.

“Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang Di Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Parlimen Malaysia bukan forum untuk melantik PM. Semua pihak harus menghormati kearifan YDPA dan tidak mendahului Tuanku dalam apa jua keadaan pun.

“Insyallah kebijaksanaan baginda akan kita jadikan pedoman dalam perkara ini,” katanya dalam status facebook miliknya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here