SPR sedia hadapi sebarang kemungkinan

0
58

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan tugas berdasarkan kehendak undang-undang sekiranya ada keperluan pilihan raya umum (PRU) diadakan ekoran perkembangan semasa politik tanah air.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun, berkata suruhanjaya itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“SPR akan laksanakan tugas mengikut kehendak undang-undang, kita tidaklah dalam keadaan siap sedia in the sense of we are on full alert.

“Tetapi sekiranya perlu, SPR akan laksanakan tugas mengikut kehendak undang-undang,” katanya dipetik Malaysiakini, hari ini.

Bahang politik negara hangat semalam apabila timbul spekulasi pembentukan kerajaan baru bagi menggantikan Pakatan Harapan semakin hampir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here