Sultan Johor dijangka jumpa semua ADUN

0
174


 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Kredit gambar laman Facebook Sultan Johor


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijangka bertemu dengan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini di Bukit Timbalan hari ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pertemuan yang dijangka bermula pada pukul 2 petang itu dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik semasa termasuk di negeri ini.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor buat masa ini terdiri daripada Barisan Nasional (BN) (16), Pas (1), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (11), DAP (14), Amanah (9) dan PKR (5).

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Hasni Mohammad berkata, kesemua 16 ADUN BN dan Pas (1)  sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri itu.

Beliau berkata, beliau juga yakin kesemua 11 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga akan bersetuju untuk menandatangani SD tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here