[VIDEO] Tadika Rakyat ke Pahang

0
270

PUCHONG – Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dengan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch dalam membuka pusat pendidikan awal kanak-kanak, Tadika Rakyat di negeri itu yang khusus bagi golongan kanak-kanak daripada keluarga B40.

Exco Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, perbincangan lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim akan dilakukan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Menurut beliau, modul-modul yang diajar oleh guru di Tadika Rakyat yang terletak di Putra Perdana di sini mampu membentuk generasi akan datang yang cintakan Allah, Rasul, al-Quran dan negara.

Tadika Rakyat bakal ke Pahang

“Saya melihat pendekatan, modul dan yuran dikenakan sangat berkemampuan. Melihat perkara itu Tadika Rakyat boleh diperluaskan ke Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Tadika Rakyat di Putra Perdana di sini sambil diiringi Mohd. Fadzil di sini hari ini.

Tambah Shahaniza, hasil perbincangan singkat dengan Mohd. Fadzil, beliau dimaklumkan kos untuk membuka tadika itu adalah munasabah.

“Ini adalah peluang kepada usahawan menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekali gus membantu anak-anak golongan B40 belajar di situ,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama exco Pahang itu dalam merealisasikan Tadika Rakyat di negeri berkenaan.

Tambahnya, Tadika Rakyat merupakan satu projek sistematik yang mempunyai matlamat jelas iaitu untuk mengeluarkan golongan B40 daripada kategori tersebut.

“Sebagai rakyat kita bangunkan bersama negara ini dan golongan B40 dapat diberi sedikit bantuan menerusi program tersusun,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum tentang cadangan exco Pahang itu menerapkan nilai-nilai jati diri dalam diri kanak-kanak sebagai didikan awal untuk cinta pada negara. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here