Tenggiling punca wabak 2019-nCoV?

0
569

CYBERJAYA – Dua saintis yang berpangkalan di Guangzhou, China, mencadangkan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang sedang merebak kini, berasal daripada tenggiling.

Memetik portal The Guardian, dua saintis berkenaan, Shen Yongyi dan Xiao Lihua dari Universiti Pertanian China Selatan di Guangxhou, mengenal pasti persamaan genetik virus wabak berkenaan dengan coronavirus yang menjangkiti haiwan tersebut.

Bagaimanapun, kajian tersebut belum disahkan secara rasmi setakat ini.

Sebelum ini, para saintis mencadangkan wabak ini berasal daripada kelawar seperti insiden wabak SARS pada awal 2000, yang merebak daripada kelawar kepada manusia menerusi cerpelai.

Kajian dua saintis tersebut mendapati, coronavirus yang hidup di dalam tenggiling dan virus 2019-nCoV menggunakan reseptor yang mempunyai struktur molekul yang sama untuk menjangkiti sel hosnya.

Bulan lepas, satu kumpulan saintis dari Beijing mendakwa virus 2019-nCoV berasal dari ular, namun teori tersebut telah disangkal oleh penyelidik yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here