Junjung kasih Tuanku!

0
303

‘GEGAR’ satu negara malah mungkin seluruh dunia apabila isu pergolakan politik kembali panas sejak semalam.

Apa tidaknya tiba-tiba pada awal pagi semalam negara dikejutkan dengan beberapa berita kurang menyenangkan sehingga menimbulkan sedikit keresahan rakyat.

Maka tersebar segala berita dalam media sosial termasuk kumpulan-kumpulan aplikasi Whatsapp dan Telegram yang ‘tampil’ kedepan membuat hujahan sendiri.

Bagaimanapun ramai tidak melihat wartawan memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita sebenar mengenai pergolakan politik yang berlaku waktu ini.

Namun dalam kita mengejar berita-berita baharu, sudah tentu tugas wartawan, juruvideo, jurugambar tidak kira sama ada portal berita, media arus perdana dan stesen televisyen sentiasa memberi liputan terbaik buat tatapan pembaca.

Di kala orang lain nyenyak tidur pada awal pagi tetapi bagi mereka bergelar petugas media, mereka ketepikan ‘keselesaan’ sementara demi memenuhi tuntutan tugas.

Walaupun sering kali ditohmah media tidak adil, liputan berat sebelah dan lain-lain tetapi golongan ini tetap membuat liputan supaya rakyat mendapat berita yang sebenar.

Sumbangan makanan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah Ibni Alhmarhun Sultan Ahmad Shah kepada petugas media di perkarangan Istana Negara mengundang rasa terharu dalam kalangan mereka.

Terasa sumbangan petugas media yang tidak berkira masa serta melupakan seketika waktu makan berbaloi.

Sepanjang penulis yang pernah bertugas di Kuantan, Pahang lima tahun lalu keprihatinan Seri Paduka terhadap petugas media sentiasa diberi perhatian.

Bukan itu sahaja, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa prihatin dengan nasib rakyat yang ditimpa bencana.

Sesungguhnya Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong dekat dihati rakyat. Terima kasih Tuanku. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here