Thommy Thomas perlu dibawa ke muka pengadilan

0
11988
Thommy Thomas

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa supaya bekas Peguam Negara, Thommy Thomas dihadapkan ke muka pengadilan berikutan pelbagai kerosakan yang dibawanya sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, antara kerosakan yang terbesar dilakukannya ialah dalam kes pembunuhan Allahyarham Adib dan kes kumpulan pengganas antarabangsa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Ini merupakan satu kemenangan buat rakyat Malaysia dan kedaulatan undang-undang setelah sekian lama diperkotak-katikkan oleh Tommy Thomas sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut.

“Walaubagaimanapun, terlalu banyak kerosakan yang telah berlaku kerana manusia ini dilantik menjadi Peguam Negara, antara yang terbesar ialah dalam kes pembunuhan Allahyarham Adib dan kes kumpulan pengganas antarabangsa LTTE,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Thomy sebentar tadi dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Peguam Negara ketika bertemu Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Aminuddin turut berharap Peguam Negara yang akan menggantikan Tommy Thomas selepas ini adalah dalam kalangan Muslim yang berwibawa, berintegriti dan bebas dari pengaruh mana-mana parti politik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here