Jawatan Perdana Menteri interim tiada had tempoh

0
382

CYBERJAYA – Tiada had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri interim untuk menggunakan kuasa budi bicaranya bagi melantik menteri Kabinet yang baharu, kata Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata, walaupun berstatus interim, Perdana Menteri memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, termasuklah melantik atau tidak melantik anggota Kabinet.

Memetik portal Berita Harian seperti dilaporkan sebuah portal, oleh kerana Dewan Rakyat bersidang mulai 9 Mac ini, suatu usul undi percaya boleh digerakkan terhadap beliau atau sesiapa sahaja.

“Tiada had tempoh untuk Perdana Menteri interim. Oleh yang demikian adalah salah untuk menyatakan (tempohnya) selama 10 hari atau waktu lain yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here