Tindakan tegas sebar berita palsu, ancam ketenteraman negara

0
170

KUALA LUMPUR – Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Muhd. Zuki Ali berhubung pergolakan politik yang berlaku ketika ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dinyatakan selepas beliau bersama Ketua Setiausaha Negara itu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Alhmarhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

“ Saya bersama KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Tun Dr. Mahathir menghadap kebawah Duli Tuanku di Istana Negara tadi.

“Harap semua bersama, KSN akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, beliau dititahkan untuk menghadap Seri Paduka pagi tadi bagi memberi taklimat tentang ketenteraman awam serta keselamatan negara ketika ini.

Jelas beliau, Seri Paduka telah menitahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memastikan ketenteraman dan keamanan dalam negara tersebut terjamin.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana proses demokrasi itu sedang berjalan dengan baik.

“Insya-Allah dalam masa terdekat apa jua keputusan yang dibuat oleh kebawah Duli Tuanku akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga memberi amaran akan mengambil tindakan terhdap pihak yang menyebarkan berita palsu yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Kepada pemimpin dan penyokong parti-parti politik serta orang ramai, keadaan dalam negara baik dan jalankan kegiatan seperti biasa.

“PDRM memantau dengan lebih dekat supaya tidak terjadi apa-apa yang tercetus perkara tidak diingini,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here