‘Tripping Jump Challenge’: Kenapa ikut budaya membahayakan nyawa

0
292
Aksi ‘Tripping Jump Challenge yang menjadi ikutan masyarakat dunia boleh mendatangkan risiko kehilangan nyawa kepada individu terlibat. – Gambar media sosial

TERSEBAR dalam media sosial aksi ‘Tripping Jump Challenge’ menarik perhatian warga maya.

Tiga individu terlibat aksi itu. Dua daripadanya akan melompat dahulu manakala seorang lagi yang berada ditengah memerhatikan aksi tersebut. Selepas itu individu ditengah melakukan lompatan sehingga dua lagi akan ‘menyepak’ kaki individu berkenaan sehingga jatuh terlentang.

Melihat kepada video itu, penulis menggeleng kepala. Apakah sudah tiada lagi cabaran yang boleh diikuti sehingga mendatangkan risiko nyawa kepada mereka?

Ada juga kes aksi tersebut menyebabkan kepala terhantuk ke lantai selain mendatangkan risiko kepada tulang belakang.

Malah tersebar juga dalam media sosial ada seorang remaja berusia 16 tahun di Brazil meninggal dunia akibat aksi itu.

Sebelum ini ada beberapa cabaran dilakukan yang dibuat oleh masyarakat barat. Mereka hanya melakukan semata-mata keseronokan tanpa memikirkan faktor keselamatan dan kesihatan orang lain.

Bagi kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adab dan budaya tinggi, budaya-budaya dibawa dari sana harus dinilai dan difikir dengan waras sebelum melakukannya.

Cukuplah masyarakat kita didepani dengan pelbagai masalah sosial dan budaya.

Jika aksi ini diikuti akan membawa kesan negatif kepada kita terutama anak-anak kita yang bakal menerajui negara ini pada masa depan.

Jika boleh golongan remaja di luar senang tunjukkan satu contoh terbaik yang boleh diikuti bukan sahaja masyarakat negara ini tetapi di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja mempopularkan diri mereka tapi menunjukkan Malaysia mempunyai adab tinggi yang boleh dicontohi kepada masyarakat dunia.

Pesanan penulis kepada semua, jika mahu membuat sesuatu cabaran, fikir dan nilai dulu. Adakah ia membawa kebaikan atau keburukan kepada masyarakat.

Kita yang mencorakkan budaya, bukan orang barat yang mencorakkan budaya kita! – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here