Tun M ke Istana Negara?

0
127

SERI KEMBANGAN – Kenderaan membawa Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat keluar dari kediamannya di The Mines di sini pada pukul 12.13 tengah hari.

Difahamkan Dr. Mahathir akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir juga difahamkan akan ke sebuah hotel untuk menghadiri majlis persendirian terlebih dahulu sebelum ke Istana Negara.

Pagi tadi, pemimpin enam parti diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan pembentukan gabungan baru dikenali ‘Perikatan Nasional’ kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Muhyiddin berkata, hasrat pembentukan itu bagi menamatkan kemelut politik yang berlaku sekarang.

Kemudian, beberapa kenderaan membawa Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat keluar dari Istana Negara selepas selesai mempersembahkan dokumen sokongan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memasuki pintu dua Istana Negara pada pukul 11.50 pagi bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan dilihat keluar semula pada pukujl 12.04 pagi.

Turut bersama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulfekly Ahmad.

Dr. Dzulfekly ketika ditemui media di luar pintu dua Istana Negara hanya memberi reaksi, ‘sudah serah,” katanya mungkin merujuk dokumen sokongan calon Perdana Menteri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here