Tun M kembali ke PMO, kelihatan agak suram

0
578

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad memasuki Bangunan Perdana Putra pada pukul 12.25 tengahari.

Riak wajahnya dilihat sedikit suram berbanding tersenyum dan melambai kepada media semasa keluar dari bangunan sama pada 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-MT

Dalam perkembangan lain, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini menerusi Pintu 2.

Bagaimanapun, perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong selesai menemubual 221 ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik untuk mempersembahkan nama calon Perdana Menteri susulan perletakan jawatan Dr. Mahathir Isnin lalu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here